Saturday, February 28, 2009

PEKAN FRINJAN

Ini pekan bukan sebarang pekan. Pekan ini penuh 'bekalan'. Jom! Beramai-ramai kita berseronok dengan 'benda-benda' berfaedah di Pekan Frinjan.

Tuesday, December 16, 2008

Mr Ironman



Berwajah baru, lebih mantap dan berkarisma. Keunggulan yang tiada tolok bandingan, itulah dia Mr. Ironman yang aku kirakan first tiam menyampaikan naskah yang agak serius dan mendebar hati pembaca, penonton...hanya tersenyum dan sesekali tergelak besar.



Sunday, November 23, 2008

Outdoor Photography Practice



Alfiearth Studio akan mengadakan sesi Outdoor Photography Practice dengan model dan wardrobe disediakan.

Tarikh : 30 November 2008 (Ahad)
Tempat : Taman Tasik Perdana KL
Waktu : 12 pm - 5pm

Yuran : RM 100

Kepada yg berminat boleh hubungi
019-647 0663 (Alfie)

klik bawah

alfiearthphoto










Wednesday, October 1, 2008

Malaysian Naive Art Showcase 2008


Organize by GajahGajah Gallery

Pameran in telah berlansung di Gallery Annexe Central Market Kuala Lumpur, selama 14 hari dari 8 May hingga 25 May 2008. Dirasmikan oleh Duta Norway Encik Arild Braastad melibatkan sejumlah besar pelukis aliran naif tempatan. Pameran ini juga merupakan julungkali dalam sejarah berjaya menghimpunkan koleksi lukisan naif terbesar di dalam Malaysia.

Berkat kerjasama antara angota pelukis naif sendiri untuk bertungkus-lumus di bawah naugan Yusof Gajah berjaya menghasilkan sebuah pameran yang cukup berprestij dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak tempatan dan tak juga kepada dunia luar.

Kumpulan pelukis naif GajahGajah Gallery berjaya memartabatkan genre naif yang dipelopori oleh Yusof Gajah selaku pelukis terawal yang membawa imej lukisan naif di Malaysia. Lukisan naif tempatan juga telah diiktirafkan peminat seni antarabangsa yang membawa imej bentuk warna gaya Malaysia yang tersendiri dan punyai kelainan dari hasil lukisan yang ada. Dengan ini Malaysia telah punyai identiti terulung dalam dunia catan tanah air kepada peringkat antarabangsa walaupun di tanah air ianya tetap di pandang sepi oleh sesetengah pihak.

Semangat setia kawan antara kumpulan pelukis naif dibawah bumbung GajahGajah Gallery sentiasa utuh dan bersatu padu dalam mengembeling idea serta keringat dalam berkarya telah tergambar di atas kanvas dengan mempengaruhi unsur kecerian dan kemeriahan yang penuh tulus dan ikhlas.

Kumpulan pelukis naif GajahGajah Gallery sentiasa punya wawasan dan objektif selain dari berkarya. Penglibatan dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan membuatkan seni itu sentiasa hidup harmoni di dalam persekitaran yang baik, dapat diterapkan nilai-nilai perpaduan dan kemesraan kasih sayang dalam institusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada kekuatan sebuah negara dari pelbagai aspek. Akhir sekali seni itu tetap milik mutlak setiap individu.

Ucapan Salam Eidulfitri dari Alfie

Friday, September 5, 2008

Kemalangan Tidak Berbau Kentut

Kemalangan tidak berbau. Ia tidak seperti kentut. Kentut juga tidak seperti kemalangan. Kadangkala, ada kemalangan berlaku kerana kentut. Dan kentut berbunyi tatkala kemalangan.

Salah seorang 'Bebudak Jalan Robinson' telah mengalami kedua-dua itu. Kentut dan kemalangan. Bukan serentak. Tapi hari yang berlainan. Masa berbeza. Kentut waktu berbuka, selepas makan, sehari sebelum kemalangan.

Pada 04 September 2008 (04 Ramadhan 1429H), cuaca mendung, kucing murung, buaian tidak berayun. Sekitar 7 pagi. Mungkin juga sebelum jam 7. Penulis tidak pasti. Tapi penulis pasti menulis.

Seorang 'Bebudak Jalan Robinson' dalam perjalanan ke tempat kerja, bertembung dengan sebuah kereta. Jenis keretanya penulis tidak pasti. Tapi penulis pasti menulis.

"Eeee kecepaarrrr...."

Pak Mat Tempe...(bukan nama sebenar)seorang 'Bebudak Jalan Robinson' itu mengalami patah tangan kiri, peha kiri, berjahit di dagu. Berapa jahitan penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Maka bertaburanlah beberapa helai janggutnya yang disimpan, mungkin imej Ramadhan dan Aidilfitri...bukan ketika kemalangan itu. Ia digunting misi kerana memudahkan proses menjahit.

Selain menjahit baju kurung, misi amat mahir menjahit dagu. Misi itu juga pandai membuat kuih gunting. Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, mungkin misi itu akan membantu ibunya membuat kuih gunting dan kuih siput. Cantik atau tidak misi itu penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Mungkin juga misi bimbang, kalau yang dijahitkan ke dagu itu bukan benang, tapi adalah janggut mangsa kemalangan, seorang 'Bebudak Jalan Robinson' itu sendiri. Ini andaian penulis. Penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Ini pula gambar kakinya, pada hari pertama kemalangan. Mari kita saksikan bersama.


"Terbakar rumah ramai yang nampak...terbakar di hati siapa yang tahu."