Friday, September 5, 2008

Kemalangan Tidak Berbau Kentut

Kemalangan tidak berbau. Ia tidak seperti kentut. Kentut juga tidak seperti kemalangan. Kadangkala, ada kemalangan berlaku kerana kentut. Dan kentut berbunyi tatkala kemalangan.

Salah seorang 'Bebudak Jalan Robinson' telah mengalami kedua-dua itu. Kentut dan kemalangan. Bukan serentak. Tapi hari yang berlainan. Masa berbeza. Kentut waktu berbuka, selepas makan, sehari sebelum kemalangan.

Pada 04 September 2008 (04 Ramadhan 1429H), cuaca mendung, kucing murung, buaian tidak berayun. Sekitar 7 pagi. Mungkin juga sebelum jam 7. Penulis tidak pasti. Tapi penulis pasti menulis.

Seorang 'Bebudak Jalan Robinson' dalam perjalanan ke tempat kerja, bertembung dengan sebuah kereta. Jenis keretanya penulis tidak pasti. Tapi penulis pasti menulis.

"Eeee kecepaarrrr...."

Pak Mat Tempe...(bukan nama sebenar)seorang 'Bebudak Jalan Robinson' itu mengalami patah tangan kiri, peha kiri, berjahit di dagu. Berapa jahitan penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Maka bertaburanlah beberapa helai janggutnya yang disimpan, mungkin imej Ramadhan dan Aidilfitri...bukan ketika kemalangan itu. Ia digunting misi kerana memudahkan proses menjahit.

Selain menjahit baju kurung, misi amat mahir menjahit dagu. Misi itu juga pandai membuat kuih gunting. Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, mungkin misi itu akan membantu ibunya membuat kuih gunting dan kuih siput. Cantik atau tidak misi itu penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Mungkin juga misi bimbang, kalau yang dijahitkan ke dagu itu bukan benang, tapi adalah janggut mangsa kemalangan, seorang 'Bebudak Jalan Robinson' itu sendiri. Ini andaian penulis. Penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Ini pula gambar kakinya, pada hari pertama kemalangan. Mari kita saksikan bersama.


"Terbakar rumah ramai yang nampak...terbakar di hati siapa yang tahu."