Friday, September 5, 2008

Kemalangan Tidak Berbau Kentut

Kemalangan tidak berbau. Ia tidak seperti kentut. Kentut juga tidak seperti kemalangan. Kadangkala, ada kemalangan berlaku kerana kentut. Dan kentut berbunyi tatkala kemalangan.

Salah seorang 'Bebudak Jalan Robinson' telah mengalami kedua-dua itu. Kentut dan kemalangan. Bukan serentak. Tapi hari yang berlainan. Masa berbeza. Kentut waktu berbuka, selepas makan, sehari sebelum kemalangan.

Pada 04 September 2008 (04 Ramadhan 1429H), cuaca mendung, kucing murung, buaian tidak berayun. Sekitar 7 pagi. Mungkin juga sebelum jam 7. Penulis tidak pasti. Tapi penulis pasti menulis.

Seorang 'Bebudak Jalan Robinson' dalam perjalanan ke tempat kerja, bertembung dengan sebuah kereta. Jenis keretanya penulis tidak pasti. Tapi penulis pasti menulis.

"Eeee kecepaarrrr...."

Pak Mat Tempe...(bukan nama sebenar)seorang 'Bebudak Jalan Robinson' itu mengalami patah tangan kiri, peha kiri, berjahit di dagu. Berapa jahitan penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Maka bertaburanlah beberapa helai janggutnya yang disimpan, mungkin imej Ramadhan dan Aidilfitri...bukan ketika kemalangan itu. Ia digunting misi kerana memudahkan proses menjahit.

Selain menjahit baju kurung, misi amat mahir menjahit dagu. Misi itu juga pandai membuat kuih gunting. Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, mungkin misi itu akan membantu ibunya membuat kuih gunting dan kuih siput. Cantik atau tidak misi itu penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Mungkin juga misi bimbang, kalau yang dijahitkan ke dagu itu bukan benang, tapi adalah janggut mangsa kemalangan, seorang 'Bebudak Jalan Robinson' itu sendiri. Ini andaian penulis. Penulis tidak pasti tapi penulis pasti menulis.

Ini pula gambar kakinya, pada hari pertama kemalangan. Mari kita saksikan bersama.


"Terbakar rumah ramai yang nampak...terbakar di hati siapa yang tahu."

Wednesday, August 6, 2008

MASKARA 10

Kemunculan kedua buat kami di Maskara di Rumah Pena. Kali ni kami baca sajak. Dua sajak. Satu panjang, satu lagi pun panjang (tajuknya ha ha!). Ni sajak pertama yang buat penonton tak senang duduk heh!

HIKAYAT SEBUAH CINTA (untuk My Moon)

Moon
Dup dap Dup dap Dup dap Dup dap
Dap dup Dap dup Dap dup Dap dup
Jantungku berdenyut
Melihatmu buat pertama kali

Moon
Nyum nyam Nyum nyam Nyum nyam Nyum nyam
Nyam nyum Nyam nyum Nyam nyum Nyam nyum
Setiap kunyahan rotimu
Ku hadamkan menusuk sanubari

Moon
Ktak ktuk Ktak ktuk Ktak ktuk Ktak ktuk
Ktuk ktak Ktuk ktak Ktuk ktak Ktuk ktak
Langkah tumit tinggimu
Terjejak dalam gegendangku

Moon
Twit twut Twit twut Twit twut Twit twut
Twut twit Twut twit Twut twit Twut twit
Gerak bibir perbualanmu
Membuat mataku terpaku

Moon
Jika kita ditakdirkan bersama
Akan kugumpal awan kelabu, menjadi reben hatimu
Akan kulilit tali pinggangku, menjadi kasut jantungmu
Akan kuramas kekabu bantal, menjadi pakaian dalammu
Akan kurendam singlet pagoda, menjadi teddy bearmu

Moon
Dup dap Dup dap Dup dap Dup dap
Nyum nyam Nyum nyam Nyum nyam Nyum nyam
Ktak ktuk Ktak ktuk Ktak ktuk Ktak ktuk
Twit twut Twit twut Twit twut Twit twut

Moon
Kini
Ye kini, kau telah menjadi milik…
…orang lain!

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu!


Azzam Supardi
UPSI Tanjung Malim
1/8/08

MASKARA 9

Buat pertama kalinya kami muncul di khalayak Maskara di Rumah Pena yang dianjurkan oleh Sindiket Sol-Jah. Sambutan amat menggalakkan sekali. Fuh! Lawak gila, beb! Penonton yang hadir memang enjoy habis!

Ah! Malas la kami nak bercerita banyak…ha ha! Biar la malam tu bersemadi dalam 'khayalan' kami heh!

Ini la dia petikan cerita pentomim yang kami 'harukan' di Maskara 9 :

TRANSIT

Suatu masa. Dulu.

Di Bucharest, Romania. Airport. Celah-celah orang-orang Eropah ada aku. Aku bersama Hizan. Hizan tu orang Melayu. Lelaki. Kawan aku yang datang dari Malaysia menuju ke Cairo. Transit di Bucharest.

Kenapa singgah Bucharest? Kenapa tak terus ke Cairo? Sebab kami naik pesawat yang tak ada insurans. Aeroflot. Pesawat komunis. Aku dengan Hizan bukan komunis. Aku dengan Hizan cuma naik pesawat milik komunis.

Aku dengan Hizan naik dari Singapore. Pesawat komunis tak boleh masuk Malaysia. Tak ada permit. Jadi, Aeroflot - pesawat komunis tu cuma boleh mendarat di Singapore saja. Singapore bagi kebenaran. Aku dengan Hizan bukan komunis.

Masa tu tengah musim sejuk. Betul-betul sejuk. Sejuknya menusuk ke tulang belulang aku. Kalau aku bergerak, tulang aku berbunyi. Minyak di sendi dah kering. Aku sejuk. Hizan tak berapa nak sejuk. Sebab badan Hizan bulat. Banyak lemak.

Lagipun Hizan pakai jaket tebal. Aku? Aku tak pakai jaket tebal. Malah aku tak pakai jaket pun. Aku pakai baju kemeja kotak-kotak. Dipasangkan dengan jeans lusuh. Lusuhnya bukan sikit. Lusuhnya teruk. Hampir koyak di lutut.

Cerita selanjutnya…? Beli la blook Roti & Kopi terbitan Sindiket Sol-Jah. HA HA!